Sunday, January 15, 2012

tips TEmuduga or Interview




kadang2 kita pergi temuduga dgn perasaan berdebar2 tk de preparation,,,dn mcm2 agi,,,,
so sekrang neyh lagilah banyak betul interview yg perlukan communication skill yg bagus,,,,





Tips temuduga yang berikut boleh membantu. tips temuduga 1
Perkara yang perlu anda tahu:
  • Hampir semua temuduga untuk sektor swasta di Malaysia dijalankan dalam Bahasa Inggeris, bukan Bahasa Melayu. Anda tak perlu menggunakan slang mat saleh semata - mata hendak menarik perhatian. Kekalkan gaya percakapan yang biasa. You do not have to speak the Queen's English to get a job.
     
  • Gunakan bahasa yang sama dengan penemuduga. Kalau penemuduga berbahasa Melayu, jangan nak tunjuk pandai dengan menjawab dalam Bahasa Inggeris, dan sebaliknya. Begitu juga dengan dengan penggunaan bahasa yang konsisten. Jangan kejap Bahasa Melayu kejap Bahasa Inggeris. Kalah rojak Singapore (macam website ni. keh.. keh.. keh).
     
  • Samada untuk penulisan resume atau semasa temuduga, pastikan bahawa Bahasa Inggeris yang anda gunakan adalah ditahap yang boleh diterima (acceptable level). Sekiranya Bahasa Inggeris anda tidak berapa lancar, berlatih dari sekarang. Anda boleh :

    1. Menonton filem Inggeris (dengan nawaitu nak belajar bahasa Inggeris la)

    2. Membaca secara lantang artikel dalam Bahasa Inggeris setiap hari untuk membantu kelancaran sebutan. Pilihlah artikel yang menarik minat anda seperti gosip, sukan, hiburan dan sebagainya supaya anda lebih menumpukan perhatian. Janganlah baca majalah Playboy plak. Menambah dosa je.
    3. Berlatih bertutur dalam Bahasa Inggeris setiap kali ada kesempatan. Jangan hiraukan kalau rakan - rakan mengejek. Jangan hiraukan jika orang kata anda nak menunjuk - nunjuk. Bukan mereka yang menjaga periuk nasi anda.
     
  • Temuduga adalah masa untuk menampilkan diri anda dan mencungkil dengan lebih lanjut tentang syarikat dan kerja yang anda pohon. Ini juga adalah masa untuk majikan untuk menilai anda dan kesuaian anda untuk jawatan tersebut. Be yourself. Tak payah berlagak macho (lelaki) atau beraksi manja (perempuan). Atau sebaliknya. kuang kuang kuang…
     
  • Bayangkan diri anda sebagai seorang tetamu. Tunggu sehingga penemuduga menghulurkan tangan untuk berjabat. Tunggu sehingga anda disuruh duduk.
     
  • Dengar dengan teliti kepada penemuduga. Mudah untuk anda menjawab soalannya kelak. Jangan pulak biarkan fikiran anda menerawang jauh sampai ke Akademi Fantasia.
     
  • Jangan cakap berterabur. Susun ayat anda. Sebut dengan jelas. Penemuduga hendak melihat kebolehan anda untuk mempersembahkan diri serta idea anda dengan baik. Kajian menunjukkan bahawa pembaca Al-Qur'an mempunyai sebutan yang jelas dan intonasi yang baik. Tu la... Al-Qur'an malas nak sentuh. Berabuk kat dalam lemari.
     
  • Semasa persediaan untuk temuduga, pastikan anda ada membuat homework tentang jenis soalan temuduga yang mungkin dikemukakan. Ala... macam buat homework masa nak nikah dulu. Beriya - iya hafal rukun islam, rukun nikah, mandi wajib…
     
  • Cara anda menjawab soalan akan menunjukkan kebolehan anda untuk berkomunikasi dengan baik. Hadkan kepada menjawab soalan yang ditanya sahaja, supaya anda tidakoff-topic.
     
  • Bersedia untuk menerangkan bagaimana anda menangani sesuatu situasi atau masalah yang mungkin anda hadapi semasa bertugas.
     
  • Jangan bertanya pasal gaji (basic salary) sehingga penemuduga berbuat demikian.
     
  • Jangan mengulangi soalan yang telah pun terjawab semasa temuduga.

No comments:

Post a Comment